PUTRAJAYA 30 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Selangor. Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK DUN Balakong juga menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon. Beliau berkata, sebanyak 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang telah dikemaskini sehingga 2 Julai lalu. “Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam PRK kali ini termasuk waktu mengundi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya