KUALA TERENGGANU 17 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan termasum pindaan akta bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar menegaskan, dengan pencerobohan berterusan dan negara kehilangan sumber begitu besar, kira-kira RM6 bilion setahun, sudah tiba masanya langkah lebih tegas termasuk turut mengenakan sebatan terhadap pesalah agar mereka serik. “Kita akan kemukakan cadangan termasuk beberapa pindaan akta (berkaitan pencerobohan di perairan negara), kalau boleh turut dikenakan hukuman sebat,” katanya dalam sidang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya