KUALA LUMPUR 28 Julai – Meletakkan empat penghibur lelaki bergelar Datuk di atas pentas berprestij Istana Budaya, dekat sini, memberikan satu tanda aras dalam kelas mereka tersendiri dalam mengadakan sebuah persembahan, Baik Punya Konsert 4D. Dianjurkan oleh produksi milik Hans Isaac, Tall Order, persembahan selama dua setengah jam oleh Awie, AC Mizal dan Afdlin Shauki, selain daripada Hans sendiri, malam tadi turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Sebelum memulakan persembahan, Hans sambil disaksikan oleh Gobind, menyerahkan cek replika bernilai RM20,000 kepada Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya