MEKAH 23 Julai – Operasi haji bagi sektor Mekah bermula hari ini dengan ketibaan kumpulan pertama 478 jemaah Malaysia di sini awal pagi ini. Kesemua mereka tiba dari Madinah pada pukul 1 pagi dengan 11 buah bas dan ditempatkan di bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah di Shuib Amir yang terletak di Zon A. Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Nurinanuwar Shamsuddin dan Pengarah Operasi Mekah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd. Rahim. Turut menyambut mereka ialah Penyelia Majlis Jemaah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya