BANDAR HILIR 24 Julai – Program Media Challenge 2.0 yang disertai seramai 24 peserta daripada pelbagai agensi media diteruskan hari kedua dengan mengunjungi sebuah muzium terkemuka iaitu Muzium Kesultanan Melaka. Ketibaan peserta sambut meriah dengan persembahan silat daripada Persatuan Cahaya D’elima, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Terdapat pelbagai barangan bersejarah dipamerkan di muzium berkenaan antaranya koleksi senjata lama pahlawan Melayu seperti keris dan meriam, koleksi pakaian tradisional dan replika seni bina istana lama Negeri-negeri Melayu. Setiap barangan pameran itu dilampirkan dengan maklumat berkaitan sejarah pembinaannya untuk pengetahuan pengunjung tempatan dan luar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya