RAWANG 28 Julai – Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun antara 114 individu yang ditahan dalam operasi membanteras judi haram di Jalan Bandar Rawang 3, Bandar Baru Rawang di sini malam tadi. Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan melibatkan pemeriksaan di 10 premis itu bermula pada pukul 6 petang hingga awal pagi ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengikuti operasi itu berkata, 42 orang yang ditahan merupakan penjaga premis dan 72 lagi adalah pelanggan. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya