KUALA LUMPUR 16 Julai – Komen ringkas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan situasi kecoh di Parlimen pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat menjadi viral. Komen pendek beliau, hari pertama sudah menipu, menarik perhatian netizen. Hari ini ahli-ahli Dewan Rakyat bertindak keluar dewan selepas membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof Difahamkan, bantahan tersebut kerana notis pemberitahuan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat didakwa tidak mengikut prosedur. Notis tersebut dimaklumkan sepatutnya diserahkan tidak kurang daripada 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya