JERANTUT – Cadangan untuk mengubah hari cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini perlu diperhalusi secara menyeluruh, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Baginda mengulas, cadangan tersebut wajar dikaji menerusi tinjauan pendapat secara menyeluruh termasuk masyarakat bukan Islam yang bermastautin di negeri itu sebelum ia dilaksanakan. “Tinjauan secara menyeluruh perlu dilakukan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk orang bukan Islam,” titah baginda. Tengku Abdullah bertitah demikian selepas berkenan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Kerabat Negeri Pahang Ke-22 di Pusat Latihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya