KOTA BHARU 16 Julai – Usahawan muda dalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri ini diminta jangan alpa supaya tidak ketinggalan dalam arus perubahan negara yang bergerak dengan pantas. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, usaha membangunkan diri termasuk pengetahuan tentang kemajuan teknologi semasa perlu dilipat gandakan. “Melayu jangan ‘ralit’ (alpa) sebab perubahan sekarang berlaku cukup hebat, kalau kita ketinggalan maka kita akan merempat di tempat kita sendiri. “Sebagai Exco negeri, saya bersyukur dengan adanya saudara dan saudari yang akan menjadi tangan mempertahankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya