MEKAH 27 Julai – Mencari jemaah yang ‘terlupa’ balik ke maktab selama dua hari kerana terlampau teruja beriktikaf di Masjidilharam antara pengalaman dilalui petugas Unit Peronda pada musim haji. Menurut salah seorang petugas berkenaan, Mazalan Salleh, kejadian itu berlaku pada musim haji lepas menyebabkan rakan sebilik jemaah lelaki itu bimbang lalu melaporkan ‘kehilangan’ tersebut kepada Pusat Khidmat Pelanggan maktab. “Sebaik sahaja menerima laporan itu saya terus melakukan pencarian dan menemukan jemaah terbabit dalam Masjidilharam. “Jemaah itu memberitahu dia tidur di Masjidilharam selama dua hari, tidak mandi dan membeli makanan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya