KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah segera akan dirangka untuk memperketat undang-undang bagi mengelak kes kematian bayi akibat kecuaian pengasuh. Dr. Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara itu. “Peguam Negara (akan) beritahu apa yang patut diperketatkan kerana undang-undang, peraturan dan akta yang kita ada mempunyai kelompangan yang perlu diisi. “Setakat ini, kami masih berbincang dengan Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya