JARINGAN INDUSTRI. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama strategik dengan Centre of Maritime Excellence Sdn. Bhd. (CME) yang merupakan syarikat menjalankan latihan dalam aktiviti maritim di kampus UMT, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini. Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri UMT, Dr. Mohd. Nizam Lani berkata, kerjasama tersebut membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi tersebut menjalani latihan industri dengan CME. “Ketua Pegawai Eksekutif CME, Datuk Jaafar Lamri turut meluahkan minat untuk berkolaborasi bagi membangunkan sumber manusia dalam bidang maritim bukan dalam kalangan pelajar malah turut melibatkan tenaga pengajar UMT,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya