SUNGAI PETANI – UMNO Bahagian Sungai Petani bergolak apabila Naib Ketua UMNO Bahagian serta ketua tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing melepaskan jawatan dimenangi menerusi pemilihan bagi penggal 2018-2021 yang berlangsung semalam berkuat kuasa serta-merta. Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Muhamad Effendi Mashum pada satu sidang akhbar tergempar yang diadakan di sebuah hotel di sini petang tadi. Muhamad Effendi berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara setelah perbincangan dilakukan antara semua yang terlibat, namun kesemuanya akan terus setia serta mahu memperjuangkan UMNO sebagai ahli biasa. “Keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya