PULAU PINANG 30 Julai – UMNO negeri ini menolak permohonan maaf Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berhubung kenyataan berbaur perkauman beliau yang mendakwa seolah-olah orang Melayu kaum pendatang di negeri ini. Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Faisal Yahaya berkata, permohonan maaf itu tidak boleh memadamkan kerosakan yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia berkenaan khususnya kesan terhadap keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Kula Segaran berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dibuat beliau selaras dengan peruntukan undang-undang sedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya