FANJEAUX, Perancis 24 Julai – Peringkat ke-16 perlumbaan berbasikal Tour de France disambung semula hari ini selepas terhenti seketika apabila polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata berhampiran peloton untuk meleraikan sekumpulan petani yang mengadakan tunjuk perasaan. Para petani membaling jerami ke atas jalan raya di kilometer 26 dari Carcassone untuk menghalang perlumbaan berbasikal paling prestij di dunia itu sebagai protes terhadap tindakan kerajaan mengurangkan bantuan. Antara pelumba yang terkena gas pemedih mata adalah pendahulu perlumbaan, Geraint Thomas dari Team Sky. Rakaman televisyen juga menunjukkan pegawai perlumbaan terpaksa menitikkan ubat ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya