TM tamatkan kerjasama bangun cadangan NFP dengan TNB - Utusan Malaysia

TM tamatkan kerjasama bangun cadangan NFP dengan TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd. (TM) memutuskan untuk menamatkan kerjasamanya dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membangunkan bersama cadangan terperinci Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP).  Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TM bagaimanapun berkata, penamatan kerjasama itu tidak akan menghalang ia daripada menimbang kerjasama lain dengan TNB sekiranya terdapat peluang perniagaan pada masa depan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.  TM dan TNB memeterai satu Memorandum Persefahaman bagi tujuan ini pada 16 Jan lepas. – Bernama

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya