TEMERLOH 30 Julai – Tiga buah gerai makan termasuk sebuah gerai makan ‘steamboat’ musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa. “Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu dan kami masih menyiasat punca serta jumlah kerugian,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima panggilan pada pukul 3.27 pagi tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian. Katanya, api berjaya dikawal pada pukul 3.47 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya