Tiba-tiba suasana menjadi sepi Terasa dingin dan sunyi Kutoleh ke kanan dan ke kiri Tiada sesiapa di sisi Ke manakah kalian semua telah pergi Puas aku mencari Namun tiadaku temui Biarpun cuma sebelah bekas tapak kaki Termanggu-mangu aku keseorangan diri Mengenangkan apa yang telah terjadi Bagaikan Garuda melanggar bumi Gelap gelita tanpa bulan dan matahari Akhirnya baru aku sedari Bila melihat kain kapan melingkari Maknanya tiada jalan ke luar kembali Aku reda menanti saat untuk dihakimi nanti. SSaZ Kg Rapat, Ipoh
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya