“TELEFON dan kereta saya ini membunuh murid sekolah”. Mesej berbahasa Inggeris yang tertera pada cermin belakang sebuah kereta ketika saya memandu di ibu kota pada minggu lalu membuatkan diri tergamam seketika. Walaupun agak kejam dan tragis bunyinya, saya pasti orang ramai yang terserempak dengan kereta sedan berwarna hitam itu terkesan dengan ‘pengakuan’ yang dikongsikan. Sama ada benar atau hanya sekadar gimik, mesej itu tetap memberi tamparan yang cukup pedih terutama kepada pemandu-pemandu yang gemar menggunakan telefon bimbit ketika berada di jalan raya. Tabiat buruk yang semakin menjadi kebiasaan itu bagaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya