KUALA LUMPUR 27 Julai – UMNO memutuskan untuk menubuhkan Jemaah Penasihat parti yang akan dipengerusikan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. TENGKU RAZALEIGH Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tujuan penubuhan jemaah itu adalah bagi memantau perjalanan dan hala tuju parti yang kini menjadi blok pembangkang. Katanya, ahli-ahli yang akan mengganggotai jemaah itu nanti akan ditentukan oleh pengerusi. “Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini telah bersetuju menubuhkan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah. “Tugas dan tanggungjawab serta pelantikan ahli Jemaah Penasihat itu akan diumumkan sendiri Tengku Razaleigh,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya