KUALA LUMPUR 17 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ditangani kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara rasional dan bukannya berdasarkan fahaman politik. Beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menyelaraskan kadar cukai tersebut agar boleh memberi hasil yang neutral berbanding pelaksanaan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Pada masa sama, Khairy berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan politik menentukan dasar ekonomi negara. “Saya menyedari bahawa GST menjadi isu politik yang besar untuk kerajaan tetapi mereka perlu tangani dengan rasional. “Jangan hapuskan GST hanya kerana kepentingan politik.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya