JARI-jemari Farah Wahida Saari, 28, ligat menekan-nekan tanah liat pelbagai warna untuk dijadikan bentuk pakaian seorang wanita. Selepas siap membentuk pakaian wanita, Farah mula menghasilkan tudung menggunakan tanah liat polimer yang sama. “Saya sedang menghasilkan tanah liat yang menyerupai pasangan pengantin. “Ini merupakan cenderahati yang ditempah oleh seorang pelanggan untuk hari perkahwinannya,” jelas Farah. Siapa sangka, tanah liat yang cukup popular sebagai permainan zaman kanak-kanak boleh dijadikan sumber rezeki utama buat Farah. Membuka bicara, wanita kelahiran Langkawi, Kedah itu berkata, idea untuk mewujudkan jenama sendiri yang menghasilkan pelbagai produk berasaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya