KIRA-KIRA 20 hari sebelum Sukan Asia Indonesia 2018 membuka tirai, kem berbasikal negara menerima tamparan hebat selepas pelumba wanita negara, Jupha Somnet terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam badan. Walaupun pembedahan tersebut dibuat bulan lalu, namun kesan yang dirasai oleh pelumba kelahiran Perlis itu masih dirasai sehingga kini sekali gus menjejaskan persiapannya ke temasya yang berlangsung di Palembang dan Jakarta, Indonesia itu. “Sebenarnya saya baru menjalani pembedahan membuang bartholin cycst. Pembedahan terpaksa dibuat kerana ia mengganggu saya semasa menjalani latihan. “Pada Jun lalu saya mengambil keputusan untuk membuat pembedahan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya