BEIRUT 12 Julai – Pertahanan tentera udara Syria berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan oleh jet pejuang Israel di kedudukan tentera negara itu di wilayah Quneitra, awal pagi ini. Media tempatan melaporkan, serangan berhampiran kampung Hader di sempadan Bukit Golan yang diduduki Israel hanya mengakibatkan kerosakan harta benda, lapor agensi berita SANA yang memetik sumber tentera. Bagaimanapun masih belum ada kenyataan tentera Israel berhubung insiden itu. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya