TEMERLOH 18 Julai – Seorang lelaki yang menjadi dalang kes penipuan pakej umrah melibatkan 21 mangsa di sekitar Temerloh di sini ditahan reman tiga hari bermula hari ini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan yang melibatkan kerugian hampir RM140,000. “Suspek dibawa ke mahkamah Temerloh hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut dan mahkamah membenarkannya,” katanya di sini hari ini. Suspek yang dipercayai menjadi dalang kes penipuan pakej umrah dengan kerugian sebanyak RM139,871…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya