KUALA LUMPUR – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka ditetapkan pada kadar 10 peratus bagi jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadar tersebut akan digunapakai jika usul yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Ogos depan itu diluluskan. “Pelaksanaan semula SST pada 1 September ini diunjurkan mampu menjana perolehan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada acara Persidangan Cukai Kebangsaan 2018 (NTC 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Datuk Seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya