PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil beberapa dokumen berkaitan projek-projek yang membabitkan kerajaan di 13 buah lokasi sekitar Lembah Klang hari ini. Antara projek yang melibatkan beberapa buah syarikat ialah Projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Menurut sumber, lebih 50 pegawai SPRM telah hadir ke lokasi-lokasi berkenaan dalam operasi yang bermula pada pukul 10 pagi. Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya