KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyekat pengguna Instagram yang melemparkan komen berbaur negatif kepadanya. Siti, 39, berkata, komen negatif yang ditulis pada sesebuah hantaran gambar jelas menggambarkan niat sebenar individu tersebut. “Sejujurnya, saya tidak kisah jika menerima respons atau kritikan. Tetapi, saya agak kurang senang apabila kritikan yang ditinggalkan berbaur negatif. “Justeru, saya tidak teragak-agak untuk menyekat mereka daripada terus melihat akaun saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran SimplySiti Gold Edition di Menara Kuala Lumpur sebentar tadi. Siti mengulas mengenai video anaknya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya