KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan pelbagai dokumen dikenali sebagai Ah Boy yang dipercayai telah aktif sejak tiga tahun lalu selepas melakukan serbuan di dua premis menjual telefon bimbit di Chow Kit, di sini pada Ahad lalu. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tiga lelaki tempatan dan dua wanita Indonesia yang bertindak selaku pembantu sindiket ditahan setelah serbuan dilakukan oleh Unit Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasa JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Serbuan yang dilakukan pada pukul 3.30 hingga 4.30 petang itu menahan kesemua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya