KUALA LUMPUR – Majlis Angkat Sumpah 220 Ahli Parlimen bagi Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen ke-14 di bangunan Parlimen di sini semalam bermula dengan kekecohan selama 10 minit berhubung isu pencalonan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Majlis angkat sumpah kali ini buat pertama kali menyaksikan Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang di Dewan Rakyat dalam tempoh 60 tahun selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. Kekecohan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah memulakan urusan untuk mencalonkan hanya satu nama untuk jawatan berkenaan iaitu bekas Hakim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya