KABUL 15 Julai – Serangan pengebom bunuh diri berhampiran sebuah bangunan kerajaan di sini menyebabkan lima terbunuh ketika kakitangan kerajaan meninggalkan pejabat selepas tamat waktu bekerja pada waktu petang. Jurucakap polis berkata, letupan itu dipercayai disebabkan oleh pengebom bunuh diri. Jurucakap Kementerian Pemulihan dan Pembangunan Luar Bandar, Fraidoon Azhand mengesahkan mengenai kejadian itu. “Seorang pengebom bunuh diri meletupkan jaket peledak di pintu pagar kementerian. Sasarannya adalah kakitangan kementerian,” katanya. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya