JAKARTA 29 Julai – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi sekuat 6.4 Richter yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini. Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Jenazah mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok. Sebelum itu, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan banyak bangunan serta rumah rosak dalam kejadian yang berlaku pukul 6.47 pagi waktu tempatan itu. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya