IPOH 26 Julai – Selangor memperbaiki kedudukan apabila naik satu anak tangga ke tangga kelapan Liga Super selepas mengalahkan PKNP 2-0 dalam perlawanan di Stadium Perak di sini hari ini. Selangor meraih gol pembukaan pada minit ke-39 hasil jaringan pemain tengah, Muhammad Syahmi Safari yang menyambar hantaran silang Sean Eugene Selvaraj. Pemain gantian, Mohd. Amri Yahyah menambah jaringan pasukan pelawat pada minit ke-83 apabila tenang melakukan sepakan leret selepas mendapat hantaran Rufino Segovia Del Burgo. Kalah di laman sendiri menyebabkan skuad Abu Bakar Fadzim jatuh ke tangga ke-10 liga. Skuad Red Giants…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya