KUALA LUMPUR 30 Julai – Dasar kerajaan yang terlalu terbuka dengan membenarkan kenderaan dari luar negara dibawa masuk tanpa sekatan atau syarat dikatakan sebagai punca utama kegagalan industri automotif tempatan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu menyebabkan prestasi Proton Holdings Bhd. (Proton) merosot kerana terpaksa bersaing dengan kereta-kereta import yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi global. “Kita sangat terbuka (pasaran), semua jenis kereta dari luar walaupun dibuat daripada tin Milo boleh masuk, sebab itu kita perlu kaji kemungkinan ada syarat-syarat tertentu supaya kereta asing tidak masuk dengan mudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya