DEBARAN Piala Dunia 2018 Rusia berakhir semalam selepas sebulan menyaksikan 32 pasukan berentap untuk muncul kuasa besar bola sepak yang baharu. Sepanjang tempoh itu, ramai dalam kalangan kita akan bersembang topik yang sama mengenai pasukan pilihan masing-masing setiap hari dengan membandingkan kelebihan para pemain yang mewakili negara bertanding. Biarpun ada pasukan yang kita sokong tewas pada pusingan peringkat kumpulan lagi, namun ia tidak bermakna kehangatan memberikan sokongan kepada pasukan lain itu lenyap. Penulis yakin ada dalam kalangan kita yang belum sempat menyarung jersi yang dibeli gara-gara pasukan pilihan terpaksa ‘bungkus’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya