KOTA BHARU 25 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak bermain politik dengan pelbagai kenyataan yang boleh mengelirukan dan akhirnya mengeruhkan keadaan berhubung pembayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu. Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R), Mohd. Nazri Deraman berkata, rakyat di kedua-dua negeri itu sudah lama menantikan hak yang sepatutnya mereka dapat sejak dahulu lagi. Beliau berkata, rakyat ingin melihat kesungguhan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menjalankan amanah, bukan sekadar membuat ucapan penyeri majlis sahaja. “Pembayaran royalti kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya