KUCHING 18 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 976,732 batang rokok dengan nilai cukai berjumlah RM515,344.45 dalam serbuan di Tedungan, Limbang baru-baru ini. Selain rokok membabitkan 48,836 kotak itu, pihak kastam turut merampas 6,326.37 liter atau kira-kira 19,465 tin minuman keras pelbagai jenama dengan nilai cukai berjumlah RM277,416.65 dalam serbuan pada pukul 6 petang, Sabtu lalu. Pengarah Kastam Sarawak, Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, kejayaan serbuan tersebut adalah hasil daripada aktiviti perisikan yang dijalankan oleh pihaknya di sekitar Tedungan, Limbang. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati majoriti premis di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya