KUALA LUMPUR 18 Julai – Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof. Dalam persidangan pertama penggal pertama Parlimen Ke-14, Ramkarpal yang merupakan Ahli Parlimen menyokong kerajaan diarah keluar selepas enggan menarik balik perkataan ‘samseng’ yang diungkapnya di dalam dewan. Ramkarpal menggunakan gelaran ‘samseng’ merujuk kepada Pemuda UMNO yang didakwa telah menyerang mendiang Karpal Singh di pekarangan Parlimen suatu ketika dulu. Disebabkan tindakan Ramkarpal itu, suasana dewan yang mulanya tenang dan persidangan berjalan lancar bertukar kecoh dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya