KUALA LUMPUR – RAM Rating Services Bhd. (RAM Ratings) menjangkakan kadar inflasi keseluruhan Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Jun 2018 berbanding 1.8 peratus pada Mei 2018 walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar peratus pada bulan yang sama. Agensi penarafan itu berkata, Jun secara konservatifnya dianggarkan membawa penurunan inflasi keseluruhan 0.4 mata peratusan namun dijejaskan oleh peningkatan inflasi bahan api pengangkutan yang lebih besar. “Harga purata bahan api RON95 naik 9.9 peratus (Mei: 5.1 peratus) ekoran kesan asas rendah yang ketara, dengan harga pada purata RM2 seliter pada Jun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya