SEBERANG PERAI – Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahaya menasihat orang ramai yang berhasrat mengunjungi Lombok, Indonesia agar menangguhkan terlebih dahulu perjalanan selepas kawasan itu dilanda gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 5.47 pagi itu telah menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok. Marzuki yang ditemui ketika Majlis Makan Durian dan pelancaran Skuad Rakan Muda Masjid Al-Mubarak, Permatang Bogak, Kepala Batas di sini sebentar tadi berkata, saranan itu dibuat berikutan keadaan yang tidak menentu di Lombok pada ketika ini. Dalam kejadian itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya