KUALA LUMPUR 26 Julai – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR Ogos ini. “Saya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden, saya tidak berminat dengan apa-apa jawatan kerajaan tetapi saya masih berhutang dengan anggota PKR untuk tidak berundur begitu saja,” katanya kepada Malaysiakini seperti disiarkan hari ini. Tambah bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, beliau akan membuat pengumuman rasmi pada Ahad ini. Sementara itu, kata Rafizi, keputusannya untuk merebut kerusi nombor dua PKR itu disifatkan sebagai pertandingan antara ahli politik dengan reformis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya