PULAU PINANG 23 Julai – Kerajaan negeri berhasrat menyediakan sebuah pusat jagaan harian khusus untuk warga emas bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti riadah dengan lebih selesa. CHOW KON YEOW Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan itu telah dibincangkan dalam beberapa mesyuarat Exco negeri sebelum ini. “Pada mesyuarat tersebut, saya juga menyarankan kepada mana-mana persatuan yang ada bangunan di pusat bandar supaya menggunakan premis tersebut untuk warga emas. “Lagipun, kebanyakan bangunan mereka ketika ini kosong dan tiada berpenghuni,” katanya selepas melawat penghuni rumah Persatuan Penyayang Warga Tua Pulau Pinang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya