ISLAMABAD 27 Julai – Parti pemerintah Pakistan mengaku kalah kepada bekas bintang kriket antarabangsa, Imran Khan, yang mengetuai parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) menjelang keputusan akhir pilihan raya negara yang dipenuhi dengan pelbagai insiden termasuk dakwaan manipulasi dalam proses pengiraan undi. Imran yang mengisytiharkan kemenangan parti pimpinannya, PTI semalam menawarkan untuk menyiasat dakwaan ‘pembangkang’ mengenai penipuan undi selain menegaskan mahu menyatukan Pakistan di bawah pentadbirannya. Parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, pada mulanya menolak keputusan awal pili- han raya tersebut, namun kemudiannya membuat keputusan menerima bahawa Imran akan menjadi Perdana Menteri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya