KUALA LUMPUR 24 Julai – Permintaan positif pasaran untuk produk makanan ringan membuka peluang kepada lima usahawan ‘homemade industry’ dipilih oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk dibimbing mengembangkan jualan ke pasaran tempatan. Pengarah Kanan Bahagian Promosi dan Pasaran Antarabangsa FAMA, Datuk Nazipah Jamaludin berkata, kelima-lima usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terpilih itu akan dibantu meliputi aspek nasihat dan peningkatan kualiti produk selain bimbingan untuk menembusi pasaran. Beliau berkata, produk yang dihasilkan memiliki potensi untuk dikembangkan walaupun pada permulaannya sekadar beroperasi dari rumah sahaja. “Produk makanan ringan yang dihasilkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya