PUTRAJAYA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini. Ketibaan Duterte, yang diiringi Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano dan Duta Besar Filipina di Malaysia, Charles Jose, disambut oleh Mahathir pada pukul 3 petang. Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan selama sejam. Hadir sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pertananan, Mohamad Sabu. Duterte menyampaikan potret Perdana Menteri kepada Mahathir sebagai memento bagi tanda lawatan tersebut. Jurucakap presiden, Harry Roque, dilaporkan sebagai berkata, ketika Duterte berada di Malaysia, Presiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya