SEREMBAN – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM143,025 menerusi ‘Ops Terancang’ di Taman Bidara, Rahang di sini, Khamis lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, seorang lelaki berusia 49 tahun turut ditahan dalam operasi khas dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) , Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri. Menurutnya, dalam serbuan pukul 8 malam itu, sebuah kenderaan mewah, wang tunai dan jam tangan bernilai RM172,100 turut dirampas di kediaman tersebut. “Polis percaya suspek menjadikan rumahnya sebagai makmal, stor dan pusat untuk membungkus dadah sebelum diedarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya