BUKIT MERTAJAM 24 Julai – Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai aktif dalam kegiatan jenayah pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT). Dalam kejadian pada Ahad lepas, sepasang suami isteri membuat laporan polis selepas mendapati kediaman mereka di Taman Cendana, Juru di sini dipecah masuk seorang individu tidak dikenali kira-kira pukul 2.45 petang. Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd. Hamid berkata, pasangan berkenaan kemudian bertindak mengekori suspek dan menghubungi pihak polis. “Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota polis, namun berjaya ditahan dalam serbuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya