GEORGE TOWN 28 Julai – Kenyataan rasmi mengenai dakwaan tujuh agensi dibawah Kementerian Kewangan bakal ditutup hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Guan Eng berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini kerana kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. “Kalau ada apa-apa kenyataan rasmi biar ia dibuat oleh kerajaan dan di sini adalah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen kerana ini juga melibatkan banyak kementerian, jadi tidak elok saya membuat komen kecuali Perdana Menteri,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya