KLANG 18 Julai – PKR dijangka mengumumkan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis esok. Perkara itu disahkan Menteri Besar, Amirudin Shari yang menyatakan calon telah pun diputuskan dan kini hanya tinggal untuk diumumkan sahaja. Beliau berkata, calon itu diputuskan secara konsensus dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang turut dihadirinya semalam. “Esok kita ada pelancaran jentera, insya-Allah esok kalau dibenarkan dan muktamad kita akan umumkan (nama calon). “Kita memang rancang esok dan kita sedang uruskan tentang calon dan penyelarasan dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya