SHAH ALAM 21 Julai – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bergerak memasuki perkarangan Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kira-kira pukul 8.50 pagi. Kelihatan beberapa pimpinan tertinggi UMNO antaranya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad hadir memberi sokongan. Turut hadir, Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya